Wednesday, 8 June 2011

jom kongsi2 pemakanan yg shad !!

Green Asparagus Diet Sayur² boleh atasi masalah ginjal...
Masalah pada ginjal boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menyingkirkan kotoran, mengimbangi keseimbangan kimia serta menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh. Penyakit ginjal boleh disebabkan oleh lebihan racn atau toksin dalam badan, diabetis, hipertensi, anemia dan penyakit lupus.
Antara gejala paling umum akibat masalah ginjal adalah seperti pembengkakan pada tangan dan kaki. Namun bagi yang mengidap penyakit ini tidak perlu terlalu bimbang kerana setiap penyakit mempunyai pengubatan yang sesuai. Untuk memaksimumkan pengubatan penyakit ini, anda juga perlu mula mengamalknan diet yang sesuai dan lebih sihat. Diet vegetarian antara altenatif yang paling baik.
sandwic Diet Sayur² boleh atasi masalah ginjal...
*Amalkan menu makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran agar dapat mengurangi risiko tubuh daripada dipenuhi lemak tepu, gula dan makanan olahan. Antara makanan yang baik adalah seperti seladeri, asparagus, pisang, lobak merah dan timun kerana makanan sebegini kaya dengan klorin. Nutrisi daripada makanan seperti ini akan membantu jaringan dan membaiki saraf yang kaya dengan asid amino juga amat penting untuk fungsi ginjal.
*Sebaik-baiknya hindarilah daging, telur, coklat, teh dan bayam kerana ia tagak sukar untuk diproses oleh tubuh. Bagi menjaga kadar gula darah pada tahap yang baik, makanlah sekurang-kurangnya 5 hidangan kudap-kudapan sihat yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disarankan.
*Adalah lebih baik anda elakkan daripada makan makanan segera kerana makanan sebegini terkenal dengan kandungan sodum yang tinggi. Jika anda terlalu kepingin untuk menikmatinya, sediakan sendiri seperti burger sayuran yang berisi daun salad, tomato dan bawang bombay.
*Jika boleh, pilihah makanan yang dipanggang atau dikukus berbanding makanan yang bergoreng. Tempe, pisang dan sayuran lain boleh disediakan menggunakan kaedah memasak dengan cara memanggang atau kukus.
*Sup adalah pilihan yang terbaik untuk makan malam setelah seharian bekerja. Pastikan anda pilih sup sayuran yang mengandungi sedikit kandungan sodium atau anda sendiri yang menyediakan hidangan ini…
* Amalkan Pemakanan Yang Sihat *

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers